Aritu jalan-jalan kat Manjung. Tak tau nak makan mane sebab lupa bawak kupon Old Town. Kalau bawak leh jimat siket. Sebab tak bawak makan mende lain dulu. So, decide la nak makan nasik ayam Mama. Nampak cam sedap. Nampak kedai macam sedap. Belum nampak nasi ayam dia lagi. Dekorasi kedai dia memang best. konsep taman-taman gitu. 2 lot kedai digabung jadi satu. Cantik, kan? Order la nasi ayam biase 1, special 1..
(ni gambar google)
Tapi service agak selow. Ape yang lame sangat nak hidang sampai dekat 30 minit. Aku rase nasik ayam ni simple sebab semua bahan dah siap sedia. mm..mungkin kitorang super-lapar tu yang x leh tunggu lame-lame padahal dalam kedai tak ramai sangat orang.
Nampak muke lapar kat atas tu? ;p
Yeay!! dah sampai...
Tapi frust la wei, sayur salad tu sekeping je. Untuk peminat sayur tegar macam aku ni, aku jadi tak puas hati.
Bayar RM4.50 daun sehelai jer? Yang nasi ayam special brape ah, RM6.50 kot..lupe dah..tapi tak banyak beza pon special tak special. Patut la orang meniaga memang senang kaya. Kedekut betul. Tolong la wahai pekedai-pekedai nasi ayam, kot ye pon nak kumpul harta jangan la sampai cekik darah. Sayur bukan mahal sangat pon. Kalau salad sebijik besar bola sepak tu 4 ringgit je paling mahal. Takkan sebijik salad guna untuk jualan sehari. Kamon la.. Bukan bankrap pon kalau sayur kasik banyak siket. At least tomato sehiris, daun ketumbar 2 3 hiris, salad 3 4 keping.
Ayam tu aku akui memang sedap. Sup dan sos biase-biase je. Nasik lembik siket. Baru masak yang baru kot sebab dah nak ke petang.
Yang aku tertarik sekali, kedai ni dapat anugerah "Kedai Harga Patut". Harga memang patut tapi kualiti makanan, TAK patut!! (sorry gambar kat bawah ni tak nak pusing. padahal aku dah rotate dah...mm..korang pakat-pakat la rotate kepala ye.)
Makan dengan tak puas hati memang tak best la kan?
Moral of the story: baik la aku spend duit 20 hinggit beli barang mentah, berpeluh2 pon tak pe. Asalkan makan nasi ayam puas hati.
Sedap lagi makan nasi ayam kat Nasi Ayam Yunan kat pantai Batu Buruk...
At least ade sayur lebih.
Agak-agak kalo yang ade sayur macam ni brape diorang jual? Mau nya 20-30 hinggit diorang jual sepinggan ek?
mm..patutkah aku bukak kedai jual nasi ayam yang ade banyak sayur?
perbanyakkan sayur dalam hidangan nasi ayam bukankah satu strategi pemasaran yang baik? Peniaga takkan rugi pon aku rase. Setakat sayur suku pinggan aku rase profit margin tak jatuh banyak sangat. Dan mungkin akan dicover oleh bilangan pelanggan yang semakin ramai. Ape kate?