Monday, February 27, 2012

Tips hilangkan rasa pedas yang boleh putuskan lidah

No comments:
Menulis dekat MS Word kemudian copy and paste dekat “new post” ternyata tak sama feel dia dengan menulis directly di “new post”. Tapi cuba jugak sebab sekarang rumah aku dah takde line internet. Jangan nak tanya kenapa, ok! Malas nak jawab.
So, back to the subject.
Bagi sesiapa yang berlidah Chinese (bukan bermaksud racist disini!) , maksud aku lidah yang tak tahan pedas langsung, mungkin entry ni amat bermakna untuk korang. Pernah tak bila makan pedas dengan gelojoh atau pun tertelan cili sampai 2 mangkuk dengan berturutan membuatkan korang terasa lidah korang tetiba takde? Pedas sampai nak terputus lidah. Aku selalu la jugak. Nak-nak kalau makan nasi lauk cili campur budu. Bukan budu campur cili sebab memang dah sah-sah banyak cili dari budu. Atau pun tergigit cili dalam tomyam yang disangkakan sayur.
Masa tu aku confirm, kalau ade sape nak cakap dengan aku tu ibarat nak mintak lempang free la tuh. Setakat nak minum air 2 3 gelas aku jamin memang tak hilang punya. Kalu hilang pon lambat. Jadi sebagai penyelesaian kepada masalah negara mengalahkan PRU13 tu, aku cadangkan korang cuba buang bisa cili yang dah meresap kedalam mulut tu. Eh, korang tak tau ke cili pon ade bisa dia jugak? Ada. Ala-ala ular tedung la kan..
Macamane?
Senang je.

Pertama.
Kalau masa tu korang ade kat rumah, korang cepat-cepat la berlari-lari anak ke dapur. Straight je menuju ke sinki. Jangan singgah tempat lain! Pastu tundukkan muka ke dalam sinki sambil nganga siket mulut. Pastu jangan bergerak sehingga korang akan rase semacam ada air bisa yang keluar dari mulut korang. Air tu tak sama macam air liur tau, dia lain macam sket. Selepas 2 3 minit dah keluar semua bisa tu, masa tu memang dah tak pedas lagi dah.
Kedua.
Kalau korang ade dekat kedai makan, gunakan ajelah ape-ape bahan yang ade. Tak perlu la nak cari toilet kat kedai makan yang aku jamin biase nya gred E. So, kalau aku aku amik tissue banyak-banyak pastu tekup je kat mulut dan tundukkan muka siket. Aku biase buat macam ni sebab aku tak control ayu. Langsung tak. Tapi pada sesiapa yang control ayu tu, korang tak yah ikut tips ni, just buat-buat muka manja menahan pedas je depan pakwe korang kalau tak nak kena dump. Kalau dah kena dump tu jangan cari aku mintak tips cari boipren plak… bo layan.
Kalau ikutkan memang la agak disgusting, tapi aku pedulik ape. Memang tak tahan pedas kot. Daripada lidah aku putus baik aku buat je.
Lepas dah habis semua rase pedas tu jangan telan lagi cili tu sudah. Kang tak pasal-pasal berebut jamban yang gred E tu plak kang…

Da..

Wednesday, February 22, 2012

Ape kena dengan aku hari ni?

No comments:
Hari ni aku bangun lambat. 8.30. Gile hape weih......

Sepatutnya pagi ni aku ada appointment dengan SV aku. Aku dah janji nak jumpa dia pagi ni pukul 8 pagi. Dia suruh aku datang sharp at 8 sebab dia meeting 8.30 pagi. Ni pasal paper yang aku nak hantar kat ESTCON minggu depan. Aku dah try buat simulation aku dari 3 minggu lepas. Simulation dah jalan tapi ade masalah siket. Bukan siket la. MAJOR la jugak.

Semalam aku dah prepare apa aku nak tunjuk kat dia. Dengan coding la model la bagai. Aku try coding lagi skali pastu dalam pukul 1 pagi jugak ah aku tido. Aku dah time jam 6.30 pagi. Nak bangun awal siket. Konon nak tercongok depan bilik dia. Hape, pagi ni dia aku sedar-sedar dia yang miss call aku pukul 830. Mesti dia duk tunggu aku kan..Punya la gelabah. Tu la sedap sangat tido. Dah la uzur. Terlajak.

Dan-dan tu jugak aku text dia bagitau kete pancit. Kalau call kang sah-sah dia tau aku baru bangun tido. Nasib gak kredit call aku dah habis.

Aku rase nak baling tepon aku sebab tak bunyi. Tak bunyi ke aku tak dengar? Ntah la.

Nasib la dia reply "Sorry to hear that. Meet me at 230." Fuhh!!

Akibatnye lame jugak la aku termenung dalam bilik air mengenangkan nasib malang ni. Padahal selama ni aku bangun awal je. Selalunya pukol 3 pagi aku jaga, pukol 530 aku jaga..sebab nyamuk la, bunyi hujan la, tv tak tutup la, teringat kat Man la... tup-tup hari yang penting ni lena je aku tido.

Aku rase- aku rase la-sebab char kuey tiaw yang aku makan semalam lepas habis kelas tuisyen. Udang dia besar dan dalam tu dia letak ubat tido!! Patut la sedap!!


Thursday, February 16, 2012

Tips bersin dengan cepat dan senang..LOL

3 comments:
Aku tau entry ni bunyi nya agak mengarut. Crap. Ridiculous. But, it really works.

Ok. Here's the situation:

1- Pernah tak korang mengalami perasaan nak bersin. Masa tu korang tengah duk bersembang dengan kawan (atau sesiapa sahaja) dan rase nak bersin tu menggatalkan hidung dan mengganggu perbualan korang menyebabkan korang terpaksa berhenti sekejap daripada bercakap. Bila korang palingkan muka ke arah lain (untuk elakkan bersin tu terpercik kat muka kawan). Tapi selepas beberapa lama baru lah korang bersin. Pastu dah lupe apa nak cakap dekat member.

atau;

2- Korang tengah dating dengan pakwe/makwe korang, tengah duk berbincang nak tema wedding yang macam mana nanti, dan anak berapa untuk mase depan, tengah tanya pakwe korang agak-agak bakal mentua korang tu suka tak korang, pastu tetiba rase nak bersin. Bila dah sedia nak bersin tetiba tak jadi pulak nak bersin sedangkan korang rase atom-atom gatal dalam hidung yang nak terkeluar tu bakal menghilangkan semua penyakit resdung korang. So, bersin terbantut dan hidung makin gatal.

Sila tengok picture dibawah (Google) dan bayangkan kesengsaraannya.


Dan;

Korang tau yang BERSIN dengan cepat dan efektif dapat hilangkan semua keresahan di hati. Nak-nak bagi penghidap resdung kronik macam aku.

So, ni penyelesaiannya. Ready??

Kita pergi dekat basic science dulu.
Mengikut Teori Kinetik Jirim, semua jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskrit dan sentiasa bergerak secara rawak. Zarah-zarah sentiasa berlanggar antara satu sama lain. Apabila tenaga haba dibekalkan, zarah akan bergerak lebih laju. Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan.
Walaupun zarah-zarah gas sangat halus untuk dilihat, pergerakan rawaknya dapat diperhatikan dengan mikroskop melalui perlanggarannya dengan zarah-zarah asap. Pergerakan rawak zarah-zarah asap ini dikenali sebagai Gerakan Brown.
Sumber: Wikipedia

Jadi mengikut teori diatas, kesimpulannya ialah zarah-zarah yang bergerak secara rawak (gas) akan bergerak dengan lebih laju bila dibekalkan tenaga haba yang boleh didapati secara direct daripada cahaya. Yes, mana-mana cahaya. Kecuali lah cahaya keimanan.

Maka, setelah membuat teori sendiri bahkan (sila salute gaya bahasa aku!!) aku telah membuat eksperimen dan berjaya membuktikan teori aku sendiri bahawa:

bila korang pernah mengalami salah satu daripada situasi/masalah diatas dan ingin menpercepatkan proses bersin yang amat la menggangu, plus korang nak keluarkan bakteria dalam hidung dengan jayanya.. SILA PANDANG KE ARAH CAHAYA BILA KORANG NAK BERSIN. TAK KIRA LAH CAHAYA MATAHARI (paling efektik tengok kearah matahari terik), CAHAYA LAMPU KALIMANTANG ATAU CAHAYA DARIPADA MENTOL BULAT. Dengan serta-merta korang akan bersin dan-dan tu jugak.

Korang tak percaya? Cuba la sendiri.

Kaitan dengan teori science ialah, zarah-zarah bersin (bakteria) akan bergerak dengan lebih cepat bila tenaga haba dibekalkan dengan memndang ke arah cahaya. Macamana haba masuk dari pandangan mata dan turun ke hidung, nanti aku kaji kemudian. Hehe... Aku belum masuk bab tu lagi. Dan after korang pandang cahaya 2 atau 3 saat, korang akan terus bersin. Tapi takde lah sampai tercabut hidung. At least korang akan rase lega..aahhhh... dan mula menyembur-nyembur orang sekeliling. Cuba tengok gambar dibawah, mungkin terlalu ekstrim tapi bukankan ini yang anda mahukan?? hahaha.. (sape la pompuan ni ek. bughuk perangai!!)

(Google)

Warning: Jangan duduk berdekatan mereka yang sedang mencuba teori ini. Buruk padahnya!

Ape-apepon selamat bersin dengan lebih lega! Yeah..

Sunday, February 12, 2012

Dah make-over. Tada!!

No comments:

Aku dah make over blog ni..!! Finally, payahnye kalau orang malas ni. Amik masa lame nak buat benda senang. Actually, bukanlah make-over yang bagi upgrade pon..cuma redecorate sesuai dengan konsep simple and minimalist je. Sesuai dengan hidup sekarang yang lebih simple.

Url pon dah tukar ke hidayahhilman.blogspot.com. Bukan lagi kedaikeciksaya.blogspot.com.

Reason::
1- sebab dah tak jual barang dekat kedai kecik lg dah..
2- sebab rase mcm 'unfaithful' je bila guna template/url kedaikecik tp langsung dh x hupdate ape2 pasal kedai kecik.
3- sekarang nak fokus pada family pulak..hehe..marriage especially.

Btw, gambar heading tu aku amik dr wallpaper tah mane2 tah yg dah lama ade dalam simpanan. I like it very much. But, since i'm not a photoshop or what ever photo geek, heading x brape cantik. Still, nati aku ganti dengan yang lain. harap2 dalam masa terdekat. kalau jumpa yang best. kalau tak jumpe, tak tukar la.

Yang penting lepas ni aku nak post benda2 yang berkaitan dengan aku dan family aku. Kalau sape-sape rase nak bace, dialu-alukan. Tapi kalau tak nak baca tak jadi kudis sebab aku harap blog akan berfungsi lebih kepada diari (yang bukan hari-hari) untuk aku sendiri...

ok lah bye.




Wednesday, February 8, 2012

:: At Workstation on Wednesday Morning ::

No comments:
5:55am - Terjaga dari tidur, baca text from Hilman. Katanya bimbang kalau saya tak disisi dia. Bimbangkan saya atau bimbangkan dia? Tak pasti. Sambung tidur semula.
6:45am - Terjaga bunyi alarm. Bangun sembahyang Subuh. Lepas tu tidur semula.
7.20am - Terjaga. Mandi dan bersiap nak pergi kerja.
7.40am - Mula start enjin kereta dan pergi kerja.
8.00am - Singgah kat ATM jap. Ambik duit dan beli sarapan. Tapaw. After parking kereta Dhati call..
Sekarang - Ada dekat komputer, Workstation.

Katanya dia MC arini. Semalam dia muntah-muntah dan loya. Tak boleh tidur. Dan juga termimpi-mimpi bayangan mayat yang dia lihat masa on the way balik ke UTP jadi Muar. Mayat berdarah-darah kerana kemalangan.

Hari ni nak sambung untuk siapkan paper yang nak kena hantar by end of this month. Nasib dateline dah 2 kali extend. Kalau tak marah la Dr. Y kat aku.

Semalam Hilman dah balik ke KL. Dia kena bertugas di KL untuk sebulan dan kemudian akan sambung di Penang bulan depan. Project jambatan kedua Pulau Pinang. Berpisah lagi. Ujian Allah. Demi mencari rezeki. Tinggal aku sorang-sorang dekat rumah.

Yaya (my friend) pon ditinggalkan suami yang bekerja di KL. Kalau ikut plan kami nak bergilir-gilir tidur di rumah masing-masing.. Malam ni dia tidur rumah saya,malam berikutnya saya tidur rumah dia pulak. Nasib la, bukan senang nak hidup sekarang ni. Yang penting kena positif.

Semalam text Mama, rindu nak balik kampung. Tinggal Mama dengan si Bongsu dirumah. Dan Papa yang ada macam tak ada. Ada kot. Rase berdosa tinggalkan Mama dirumah. Bukan kah tanggungjawab anak menjaga si Ibu? Tapi kalau sudah berumahtangga, tanggungjawab beralih menjaga si Suami. Tapi kalau tuntutan kerja memaksa untuk berjauhan, pentingkah untuk meninggalkan dua tanggungjawab utama demi tuntutan kerja? I guess, our priority is overrated.

[klik photo to enlarge]

Yang ni aku crop FB update from Hilman. Still about balik kampung. Nak buat macamane KAMI ORANG KAMPUNG. hehehe...

Bye. Stay focus.