Saturday, October 16, 2010

:: Lama tak tunjuk beg..saya mencurangi blog ini ::

No comments:
Ok.
habis cerita pasal Yusof bin Jamil.
(yang tak tau cerita, sila rujuk older post)

Dah lame tak tengok beg secara borong kan.

Semalam dah siapkan 3 beg yang dah lama delay.

Opps!!! sebelum tu lupa nak show off kat korang,,
saya dah buat label tau..after dekat setahun duk cari2 label yang boleh ditempah..
yang ini ditempah dengan kucinpurple.. Big thanks for Kak Yong.

Tadaaaa!!!!!!!!

cantek tak?
Sila cakap cantek...sape cakap tak cantek tanak kawan....**mulut muncung

harga segulung murah aje RM 30.00
bleh buat design sendiri or mintak dia design-kan.
So, after this beg akan ada label..yang sebelum2 ni takde label Yak ampun!!!! Sorry.


So,now back to business **tarik balik muncung

Let's see Kak Ninie's lappy sleeve. Yang bercorak whitey flower kat luar and black rose kat dalam..

yang ini untuk ukuran laptop 14 inci..


kat dalam dia ade satu poket untuk simpan pendrive ke, modem broadband yang kecik tu kerr,,dan ape-ape sahaja yang dirasakan perlu.


Ya,,ini la rupenya label saya bila dah dijahit ditepi bag tu..
(ahh...happy nya tengok)



Dan yang ini pulak lappy sleeve untuk Mazuraida. Dengan kain red abstract di luar.
Di gabung dengan kain hitam kat bawah dia.
(sorry gambar kabur..maybe I shud get myself one superb-can-do-almost-anything camera..
hahaha...baru massyukkk..iye dak?)

Perhatian:: semua ayat dalam kurungan adalah monolog dalaman-ku.

Ukuran laptop adalah 11 inci. kirenya untuk notebook la ni.

bahagian dalam berfabrik flower bugs yang kiut miut.

dalam dia pun ada satu poket untuk simpan pendrive korang yang banyak tu kan...
ye la masing-masing ade pendrive sampai 3 4.
**pen ni hiasan je..tak termasuk dalam pakej tau.


kat bawah ni rupe label yang dijahit kat depan..
nampak sangat plain kain hitam tu..so,saya hiaskan siket.

(saya dah edit gambar sampai nampak hodoss..menci!!)


***


Next is beg Asmirda Mamat. Beg tote macam Yna punya haritu kan.
Tapi gunakan kain pink flowery. Ingatkan kain ni dah habis aritu rupenya boleh lagi untuk digunakan kat sini. Naseb baek yer..

Saiz beg ni besar boleh muat macam-macam.. even lebih besar dari Yna punya..


Zoom-in siket!!

Buttons ade 2 bijik.. Ingat nak letak 3 tapi macam padat sangat..
(2 is better than three-song by Taylor Swift and me~~)


Inside:: Kain plain pink dengan satu poket berbunga!!


Kat depat initial "ASRAZ" yang boleh tahan bessarr punya!!

And. Not to forget. The Label.


Dan tak lupe jugak bag tempahan dari Azman yang saya tak berapa bangga nak tunjuk tapi tunjuk jugak sebab nak jugak bagi siket glamer kat bag ni.

tak bangga sebab tak ikut spec.
Dia nak ade zip tapi tak boleh nak letak sebab tak de skill kot.
(kena berguru lagi!!!)


Tulisan pon tak berapa membanggakan..
Jual separuh harga je lah...

Ok la..tu je yang ade..

Rasenya tahap kesetiaan pada blog dah menaik dan meter kecurangan dah turun...

Nanti jumpa lagi..

Babai..muah..muah..

- HidayahHilman -

Wednesday, October 13, 2010

:: Hati-hati dengan YUSOF BIN JAMIL ::

8 comments:

Semalam dapat one stupid call from "PRIVATE NUMBER".
After having breakfast, I switch on my handphone. Sebab bateri kong. I turned it on pon sebab nak call En Hilman. Tetibe masuk call private number tu. I just answer. Turn out he's from Celcom. He do not introduce himself yet.

He knows that Hilman and I gunakan Celcom 1+5.. (So, mestilah dia dari Celcom i guess.) Then, dia bagitau dia dah call Hilman tapi tak berangkat. (I guess lagi, dia meeting kot). Dia explain panjang lebar tentang pogram polisi insuran baru Celcom. Kitorang dapat free polisi selama 6 bulan. Kononnya Celcom collaborate dengan AIA untuk program ni khas untuk Celcom usr shj. I know dia tipu but I do not know why I keep listening. Terasa handphone tu melekat je kat telinga aku.

After long explaination, almost 15 minit, dia promote pulak polisi baru yang lain. Yang ini aku kena bayar RM85.80 sebulan selama 10 tahun dan 5 tahun polisi after that. Siap dia suruh bacakan my Maybank card number. Yang herannya, aku boleh plak pegi ambik purse and bacakan nombor tu semua. Kan no dekat Maybank kad ada 16 nombor kan?.. the first 8 number dia bacakan. maybe dia teka or macamana I donno tapi I bacakan nombor terakhir tu dengan jujurnya. Dia siap bagitau nama dia "Yusof bin Jamil" tapi memang dia tipu sebab dia teragak-agak. Siap cakap kalo ade ape-ape call dia balik.

Kire aku dah setuju la ni nak beli polisi TANPA SAIN APE2..bukan ke bodoh namanye tuh.. I tau BODOH tapi macam tak terlawan. After 30 minit dengar dia bercakap tu, letak talipon.

The moment I push the red button, macam baru tersedar.."Eh, Ape yang aku buat tadi?"
"Betul ke ape yang aku buat?"

Terus aku call Hilman. Dia bengang pasal ape dia call aku tak dapat2. Aku bagitau pasal that man. Dia marah giler kat aku sebab aku senang-senang bagi kad number kad dia. Then dia cakap lelaki tu takde tepon dia pon. Aku dah macam nak menangis. Terus tukar baju pegi mesin ATM belakang rumah dan keluarkan semua duit. Luckily semua masih ada.

And petang semalam kena block akaun tu dan bukak akaun baru. Memang satu keje bodoh.

Yang aku herannya, selamani aku la orang pertama yang heran/marah macamane orang boleh kena tipu ribu-ribu bile baca paper. Sekali aku yang kena. Dan jugak, biasanya kalo ade sape2 yang call nak promote apa2 aku just letak macam tu jer. tetibe semalam aku boleh layan pulak. Memang kalau terkena terasa macam sangat lurus bendul. Aku tak mau kate aku kene pukau ke ape sebab tak pasti.

Lepas mandi, aku call Celcom centre dan tanya program diorang tu. Semak punya semak, pompuan tu cakap memang ada program dengan AIA. Celcom cuma bagi 500 SMS free sahaja! dan... Program tu dah berakhir tahun 2008!! Giler ape sekarang dah nak masuk 2011. Memang dah lama ah Yusof bangang tu tipu orang kan kalo start dari 2008.

Tapi aku masih nasib baik sebab tak hilang duit ke ape. So, lepas ni jangan layan pape promosi daripada mana-mana pihak yang dicurigai eventhough orang yang call tu bercakap sangat lancar and sounded very well trained! Penipu yang bijak memang macam tu.

Tapi aku still syak dia memang orang dalam Celcom sebab dia ada semua makumat pasal aku dan Hilman. Almost semua. Pelik aku dengan perangai manusia penipu ni.

Yang hebatnya, petang tu jugak dia call Hilman. Kenalkan diri dengan nama yang sama. But then, sebab Hilman agak busy masa tu dia just cakap "Saya dah banyak insuran, saya taknak" dan letak walaupun plan asal nak maki lelaki tu. Macam tak teringat nak maki.

I just worry that technology can be manipulated to con people. Ye la kan bile dah terror tu macam2 boleh buat. Hacked sana. Hacked sini.

So, semalam aku dah belajar jangan jadi bodoh lagi!!

Berhati-hati dengan orang macam ni. Mungkin pas ni dia akan gunakan nama yang lain pulak. Tu nama samaran dia aje. Tak semua yang nama Yusof bin Jamil tu penipu kan.

- HidayahHilman -

:: saya telah mungkir janji lagi ::

2 comments:
I know Im very awful..always cannot keep my promises.

Promise to God.
Promise to my Fiancee.
Promise to my customer.
Promise to blog reader.

After I post simple short entry last evening, i promised that I'll post again that nite but I dont. Actually I'm testing myself to fulfill one simple promise but still I cannot do it. I know posting some demm entry is no biggies but still..it's a promise.

well, they say "manusia berpegang pada janji". Mm..I guessed myself is not complete as a human..I mean "attitude-ly"...not physically.

Let's put a fullstop on that promises thing..

***

It has been very long since I post something about my craft-handmade world. After Hari Raya i've been very demotivated. Many reasons contributing to that feeling but Im not going to explain everything. But!! i do finish order from Nadiah from Kota Bharu. She placed her order later than everybody else but because she's going back (she's already gone by the time I wrote this) to Egypt 2 weeks after Raya, I have to finish making her bags first.

Thats the good news. But the bad news is I cannot share the pictures of that 2 sling cutches and 3 totes because my pendrive containing the only copy of the pictures was attacked by viruses. And worst news is I already DELETED the copy in my camera and the laptop folder. I know Im so stupid. I felt even more stupid coz this is the second time I did this very regretful-not-very-proud-of action. Yess,, u can say that i never learn!!

Even in my life, i keep repeating mistake I've already done and regret. If you dont trust me, U can go ask my fiancee.. he can even provide u a long list of that silly-repeated mistake. Gosh!!

But here am showing a picture of sling clutch. Belong to Sally's sis.. using pink stripe 2 fabric.


And tonite I am struggling to finish Azman's sling bag. Already done. But I am not satisfied with the result. Look weird to me. but still Im giving him an option either to take that bag or not. if not, i can live with that. If yess, he can take it in half price. huhu. Ofcos I need to cover my modal, rite!!

I guessed that's it for tonite let's meet again next time. I'll tell about my coming wedding (Yess, I'm getting married, itsn't it wonderful? Yet stress!!) and about someone name Yusof bin Jamil.

Nite, tata!

- HidayahHilman -

Monday, October 11, 2010

:: tiada subjek khusus ::

No comments:
Dalam hati ni terasa banyak yang nak di kongsi,,
tapi jari malas berlari di atas papan kekunci,,
yang dalam hati kekal disitu,,
sukar dikongsi dengan sesiapa pun,,
wajah hanya mampu memberi mimik yang kaku.

Janji, malam ni aku akan post new entry!!
bosan dah aku tiap kali bukan blog ni asik nampak mende yang same je...

Yalah,,tak aku yang update sape lagi kan??
Mood:: membebel pada diri sendiri...